Thursday, August 27, 2015

ini karipap frozen yg saya jual!

Alhamdulillah
SEGALA PUJI HANYA BAGI ALLAH.

apa sahaja yg menimpa kehidupan aku..aku terima dgn REDHA..
yg salah tetap salah.
ya aku dah pun mengakui kesilapan yg aku buat! publish gambar hasil air tgn org lain di blog aku..tetapi ingin aku tegaskan disini memang tiada niat utk mengambil kesempatan..jujur gambar itu digunakan sekadar hiasan utk tujuan proses pengenalan karipap yg aku jual..
maaf andai ada yg terguris rasa disebabkan kekhilafan aku tu..
now semua dah clear.
permohonan maaf pun aku dah buat..harap isu ni tak dipanjangkan dan menjadi perbualan utk mengutuk..mengata dan sebagainya.
cukuplah..tolong jgn menokok tambah dgn segala komen yg sinis...sedih aku membacanya.. :(
ada banyak cara teguran yg penuh hikmah boleh kita gunakan..
aku manusia biasa..kalau perkara yg ditegur tu betul..aku akan terima dgn hati yg penuh terbuka..

ok..ok...jom back to karipap..

ini lah karipap yg aku jual.
ini juga lah bentuk..rupa karipap yg aku jual.
dah lebih 6 bulan aku buat jualan kuih frozen ni.
comel bentuknya kan?
TERIMA KASIH seribu kali aku ucapkan yg pernah berurusan jual beli kuih frozen drpd aku.

karipap yg aku jual simple je sebenarnya..
hasil air tangan manusia ada mcm mcm jenis kan..
dan ini salah satunya..

masing masing ada citarasa..
yg memuji kuih karipap ni sedap..kene dgn tekak.. terima kasih sekali lagi..
sesuai dgn harga..hanya rm 4.50 sepeket
yg berminat..boleh beli..
yg tak berkenan x mengapa.. 



 boleh tenung lama lama...
ada karipap..ada cucur badak.. nama glamour aku sebut cuqbadak.

 ni karipap dan cucur badak frozen yg telah siap digoreng.
aku x jual secara goreng mcm ni..aku jual frozen.
gambar2 ni aku amik masa ada jamuan berbuka puasa di surau.
ada hamba ALLAH yg baik hati nak sedekah..jadi kami hanya tolong goreng sahaja.


diharap dengan penjelasan ini..kembali jernih la keadaan..
dan bersih nama blog aku..
satu sahaja yg aku pegang..
rezeki semua kat tangan ALLAH..
aku percaya semua yg ditakdirkan ke atas aku pasti ada hikmah.

mohon maaf atas apa sahaja keterlanjuran selama aku menulis di blog ni..
bnyk benda aku belajar...bnyk juga pengajaran yg aku dapat..
semoga kita semua dalam rahmat ALLAH.


Wednesday, August 26, 2015

Saya mohon maaf.

Assalamualaikum.

Pertama sekali sy ingin memohon maaf diatas kekhilafan sy menggunakan gambar karipap pusing milik tuan empunya spicesjourney.blogspot.com

Jujur dari hati nurani sy..tiada niat utk mengambil mudah atau menyalahgunakan gambar tersebut. Pada ketika ini sy juga sudah delete gambar karipap pusing milik tuan punya yg berkenaan.

Mohon maaf kerana terdapat salah faham berkenaan gambar karipap pusing yg digunakan.

P/s : sy usaha utk log in blog hanya menggunakan hp (nettbook sy dirumah ibu sy)maaf andai banyk kekurangan berkenaan entry ini.




Wednesday, August 12, 2015

roti sosej paling sedap dan senang!

jom follow cara aku buat roti sosej goreng ni..
senang sangat2..
bahan2 pun mudah je kalau nak cari..

roti
sosej
chesee
telur
nestum
lenyekkan roti dgn gelas atau apa2 je blh roti tu jadi penyek..haha

 dah setel..blh la letak cheese..
 letak pulak sosej..
 gulung kemas2..nak kasi balutan tu rapat, blh gam guna telur..
 mandikan dgn telur..aku bubuh black paper sikit..hihi
 mandikan pulak dgn nestum..
 dah boleh goreng...pastikan minyak betul2 panas ye..
goreng api perlahan...
bauu wangii nestumm tu best tau!
 dah siap goreng...
boleh la hidang..cicah dgn sos pun boleh..nak mkn gitu aje pun boleh!
sila lah cuba ya..hihi


orait...kat bawah ni cerita bulan puasa hari tu..
projek moreh surau..
nampak tak kuih karipap dgn cuqbadak tgh digorengkan...haha..
Alhamdulillah semua suka..sedap katanya!

order pun tak putus putus..
sentiasa ada je org nak beli..
tak kira sepeket..sampai la ke berpuluh puluh peket..
terima kasih yg dah beli dan rasa keenakan kuih karipap dan cuqbadak..