Wednesday, June 29, 2011

wordless wednesday (2)



*mcm2 memek muka ade hihi*

27 Rejab -Israk Mikraj-


Assalamualaikum to all dear...:)
today ari yg sangat dingin kan..sejukk...
pg2 lg otw ke ofice ujan rahmat mengiringi sy...heee

ari ni xrase penat sangat pose coz sejuk jer rase..
anyway,,,jom baca sirah ni (:


Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..



Monday, June 27, 2011

sakitperut-mondaybluess-lemau-



Assalamualaikum & morning gloryy bebeh..



*godek2 google*

huhu tgh2 tdo dibuai mimpi mlm td..rase dlm mimpi tu tgh sakit perut...

alih2 tersado pun memang perut tgh memulas2...huhu sakitnyer Tuhan saje yg tau...

pg monday plak tuh...lg liat ler...dgn ujan Rahmat plak pg2..heee

sblm g ofis 3kx jugak la membuangg haha....

cik ecah gagahkan jua wat derkk...bersiap g ofis...

Alhamdulillah kurang sikit la...

tp still rase lemau nk mulakan keje...

huhu....






Friday, June 24, 2011

hambaMU



Imam Muda..






tgk imam muda,,,layan lagu ni,,,,
suker suker suker sangat...:)



Tazkirah (sharing2)

- Pahala Dan Adab Mengunjungi Masjid Pada Hari Jumaat -


Menurut al Imam Hujjatul Islam, al-Ghazali, dalam Bidayatul Hidayah bahawa Jumaat adalah hari raya bagi orang Islam. Iaitu hari mulia yang sudah dikhususkan Allah SWT kepada umat Muhammad SAW. Malah, pada hari itu ada satu saat yang mustajab doa.

Apabila anda berada pada Jumaat, hendaklah mandi kerana mandi Jumaat itu hukumnya sunat Muakkad terhadap setiap orang yang diwajibkan padanya solat Jumaat.

Bersungguh-sungguhlah kamu menyucikan badanmu dengan mencukur bulu ari-ari dan mengandam misai, memotong kuku, bersugi dan lain-lain. Kemudian pakailah pakaian putih kerana ia lebih disukai di sisi Allah dan pakailah minyak wangi terbaik yang dimiliki.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid dan berjalanlah perlahan-lahan dengan penuh ketenangan. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda dalam suatu hadis yang bermaksud:

“Siapa yang pergi (ke masjid pada Jumaat) pada jam yang pertama, maka seakan-akan ia berkorban seekor unta. Dan siapa yang pergi pada jam kedua, maka seakan-akan ia berkorban seekor lembu. Dan siapa yang pergi pada jam ketiga, maka seakan-akan ia berkorban seekor kibas. Dan siapa yang pergi pada jam keempat, seakan-akan ia berkorban seekor ayam. Dan siapa yang pergi pada jam kelima, seakan-akan ia berkorban sebiji telur. Dan apabila Imam sudah keluar (naik ke atas mimbar), maka dilipatlah buku catatan dan diangkat segala pena dan malaikat (yang bertugas sebagai pencatat) pergi duduk di tepi mimbar untuk mendengar khutbah.”

Ada riwayat lain mengatakan bahawa kadar hampir seorang hamba ketika melihat Allah (pada hari Kiamat kelak) adalah berdasarkan kepada kadar segeranya orang itu pergi ke masjid.

Apabila anda masuk ke dalam masjid, maka carilah saf yang pertama, tetapi sekiranya orang sudah ramai dan memenuhi saf berkenaan, maka janganlah anda melangkahi bahu mereka dan janganlah anda lalu di hadapan orang yang sedang menunaikan solat.
Pilihlah tempat duduk berdekatan dengan dinding atau tiang sehingga orang tidak melintasi depanmu.

Janganlah duduk (dalam masjid) kecuali anda sudah menunaikan solat sunat Tahiyyatul Masjid.
Janganlah anda meninggalkan solat sunat tahiyyatul masjid walaupun imam sedang membaca khutbah. Begitulah antara adab yang diterangkan oleh Imam Ghazali dalam kitab beliau, iaitu Bidayatul Hidayah.




Monday, June 20, 2011

cobaan


serius RINDU nak BlogWalking!

TAPI...




sy sedang kusut,,,serabut,,,terkejut,,,

ujian,,,dugaan,,,,

huhuhu...

to all fellas please give me support...huhu

love u all!


Wednesday, June 15, 2011

wordless wednesday (1)


sy rindu dia ^_ ^


wordless wednesday bermaksud
: semua blogger meletakkan gambar tanpa memberikan apa2 penjelasan mengenai gambar tersebut... biarkan gambar menceritakan segalanya! untuk penjelasan lanjut sila ke wordless wednesday

Monday, June 13, 2011

ah.. ah... Ahmad....





now sedang angau melayan lagu ni...
hehehe,,,,,,

sedang2 drive nk jumpa chenta hati berkumandang la lagu nih di radio...
aper lg,,,, sambil tgn memegang stereng,,kepala bergoyang2,,mulut menyayi2 dgn gedix sekali...huahuahua..

korang suker lagu ni?
jom layan sama2 ok heeee....

*****************************

ahmad...yang selalu di hatiku...
ahmad...luluh kan keangkuhanku.....
lalalalalala...

ahmad.. peribadinya sederhana...
ahmad.. tiada bnyak bicara...
lalalalalala....


:: ahaksss ahmad2,,,,,,,kenagan lama....hahaha ::



Saturday, June 11, 2011

terima kasih


terima kasih...semua teman blog ku dialam maya...

terima kasih...sepupu..teman2...

terima kasih....sahabat2...

yang sentiasa memberi sy nasihat n kekuatan...

"
"
"

buat chenta hati...doa ku agar kau dan aku sentiasa dlm rahmat yg Maha Esa..


:: weekend yg agak letih tp berbaloi InsyaAllah..xsabar juger mau ketemu date dgn chenta hati ::


Tuesday, June 7, 2011

jiwa kacau


Kadang
-kadang aku terfikir untuk mengalah dan berputus asa..
Tapi bila difikir semuanya ... Aku mesti kuat...
Tak ada masalah yang tiada penyelesaian..

kadang-kadang air mata menjadi teman aku..
ya..sekadar melepaskan apa yg terpendam & terbuku di hati ini..

kadang-kadang gelak tawa dan senyumm itu menjadi penawar aku..
ya...untuk melupakan segala masalah yg bersarang dikepala & jiwaku..

mujur masih ada yg bergelar sahabat & teman2 yg sentiasa disisiku...
mujur juga masih ada sepupu & saudara yg sentiasa ingin mendengar dan memahami keadaanku..

barangkali bnyak dosa & kesilapan yg ku lakukan..
manusia..kekadang lalai..leka & alpa..
aku juga manusia biasa...
x lari dr melakukan dosa..

sabar lah wahai insan dengan setiap ujian & dugaan..
ingat setiap kejadian pasti berhikmah..
Redha kan Hatimu..
INSYAALLAH...


:: doakan sy semoga bahagia sentiasa ::




Friday, June 3, 2011

musim org kawen


Salam Jumaat semua...
dah potong kuku belum? cepat2 wat dapat pahala...hehe

esok cutiii heeeee :)
mesti korang semua penuh dgn jemputan kawenkawen kan kan...
haha....sy pun...sabtu kawan ofis lame kawen..ahad lak sepupu sy kawen,menganto ke johor
plak...isnin kojerrr huhuhu ;p


oh yeah! rinduuuuu ku bertamu bnyak ari lg la nmpknyer..
my chenta hati pulang ke kg(kedah) ptg ni...
mudah mudahan dipermudahkan segala urusan..:)
n semoga selamat perjalanan pergi dan balik mu syg...
cik ecah tunggu en.wawi tau! haha


k la..korang semua eppy weekend ok (:
take care n syg korang selalu tau!
hehehe...


tadaaa..

Thursday, June 2, 2011

1 Rejab 1432


esok dah 1 Rejab kan..lepas tu bulan Syaaban...
then x lama lg dah masuk bulan Ramadhan...
sekejap jer kan...

bg yg nak puasa 1 Rejab esok bagus la..bnyak pahala tu...
Nabi Muhammad S.A.W pun menggalakan kte berpuasa di bulan yg haram..bulan rejab salah 1 daripadanya..

ada 4 bulan haram..zulkaedah,zulhijjah,muharam n rejab.. :)


:: selamat berbuka puasa ::






CIK ECAH

MORNING U OLLSS...


NAK BUAT PRESS CONFRENCE NI..haha..(poyos)


NI BETUL2 TAU..XMAIN2..SY NAK TUKAR NAMA PROFILE BARU UTK BLOG SY..


SEBELUM NI MUNGELILY KAN?


NOW KTE TUKAR YEA...


CIK ECAH


BOLEH?HEHE...


SO LEPAS NI SELAMAT BERMESRA2 KENAL2 DGN CIK ECAH YEA!




:: rindu nak jln2 kat blog kawan2 semua...bukan xnak dtg jenguk..tp xde kesempatan..almaklumla...kat ofice ni time bertuah jer dpt on9 blog..kalau x...tunggu balik umah la...itu pun kalau sempat on9..kalau x..dah selamat tidow la jwbnyer...huhu ;p ::