Friday, March 30, 2012

ko haderr???


ahahahahaa....;p




:: lg sebulan nk tiba hari majlis....huhu...;p ::

:: kad kawen br dpt semalam...lebih 2 minggu...w/pun geramm dan sebagainya pasal kad...tp syukur dah setel...kad kawen just nice je...kecil lg comel hahahaa.... ::

:: door gift utk tetamu on the way hahhaa....w/pun lemau aku tetap coba rajin membuatnya kahkahkah... ::

:: baju nikah dah siap..cun! hehehe (perasan) tinggal cr tudung plak ::

:: umat x cat lg...kesian kan huahuahua ;p ::

:: katil xbeli lg....muhahhaaa... ::

:: gelang dah beli w/pun xsampai 6gram beratnya ngeh ngeh ngeh....malu jer...EMAS MAHAL weh... ::

:: lain2 semua dlm proses... ::


lain2 ecah pot  pet pot pet lg yea hahaha :D



happy weekend dear!
<3

Thursday, March 22, 2012

Blur!!! Bengong!!!

kejadian berlaku hari ini..
pukul 1tgh..time rehat...
di petronas...
nak cucuk duit GAJI.
maklum ler...ari ni gomen gaji kan...
so ramai ler yg beratur nak keluo kan duit byr utang HAHA...
termasuk laa aku...

sampai je terus park kete kat tmpt nak isi miyak tu la kan..
dlm pale otak nak isi minyak sekali la ni..
ok done!
masuk terus menuju ke mesin ATM..
huhu lame la plak...
risau kot2 ade kete yg menunggu nak isi minyak...
kang xpasal2 kene sound..kete kat situ tp minyak x isi2...
ishhh npe la lama plak ni....
huhu sabo jer lg...
dah nk deakt abes 5 ke 6 org kot...
dah dekat time diri sendiri nak keluo kan duit...
tiba2.....




aku LUPA NO PIN!!!!!!!!!!
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
dah nak tersentap uolsss

alamak2 mcm ne ni...
org kat belakang ramai lg beratur nak keluo kan duit..
isshhh ape NO PIN aku niiiii
eeeeeeeeeeeeeee
time ni la ko blh lupa kan...

sudahnya 3kali masuk kad....
semua no pin SALAH.....
huhuhuhuuuuuuu :(



korang pernah kene mcm ni x?


huhu
rase mcm bodo jer td...
xtau kenapa...
huhu

balik ni nak try lg sekali...
sbb br teringat yg BETUL punya no pin!
Alhamdulillah...


:: msg akak pastu dia call n ecah tanya dia...akak ecah yg tlg ingatkan...sbb dia jer yg tau...n ecah percaya kat dia... ::

Tuesday, March 20, 2012

GIGIH menyiapkan paper bag

Assalamualaikum...

ecah sebenarnya tgh lebam lemau buat brown paper bag...
mende ni utk hari kenduri ecah nanti...
nak beli bag yg biasa org guna mahal jugak tau..huahuahua ;p
sbb nak guna bnyak....kalo guna sikit xper la beli kan..

lg pulak ecah bajet xbape nak beso..
jadi wat la sekadar yg termampu...
nak kene siap kan 1300 HAHAHA...
ini utk semua tetamu yg dtg...
biler time nak amik mknn kat bufet tu sekali dpt la kan :)
senang...

paper bag ni simple jerk..kosong...
xbeso xkecik...
sedang2 elok jer...
nak letak ape2 yg berat2 pun xblh...blh letak ckit2 jerk...HAHA...

so dgn idea ecah yg xseberapa ni jadi la rope ini...
*

*
*


haha xcantik sangat kan??
sebenonyer kdg2 dah give up tau...
sbb biler ternampak yg lg cantik rase mcm ntah hape2 ntah paper bag aku ni...
HUHUHUHU.....

tp wat dunno jer la...
jd pasrah  ajer la...kahkahkah....;p


yg penting saya ikhlas nak bg kat tetamu saya kan :)

brown paper bag ni ecah beli kat MYDIN...
murah jer HAHAHA...
100pcs = RM 3.20
tp sbb ecah beli lebih 1000pcs...dpt la 100pcs = RM 3.10

then g beli kertas keras oren ni manyak2 ckit...buat tulisan kat word..ecah yg godek2 sendiri tulisan ni..
xcantik pun kan...xceria...huhu...tp sbb dah print...hentam sajer la labu...

pastu beli riben oren ni wat la riben...
mcm tu la hasilnya....
skrng baru 200 lebih dpt buat hahha...
xper kenduri lg sebulan lebih kan...harap2 setel la... :)



:: ader sesape nk tlg ecah wat paper bag ni? kahkahkah.. ::

Monday, March 19, 2012

meh jalan2 singgah sini HEHE

Assalamualaikum...

halloo halloo....
monday blues welcome back....
HAHAHAHA....

ecah nak ajak korang singgah sini...
blog akak ecah...
cik-mariani a.k.a cik anie 
kihkihkih~~~

dia br berjinak2 dlm blog2 ini...
meh same2 meriahkan blog dia...
sbnrnya dia buat blog pun sbb blajo...
kalo idak NAN HADO laaaa...
hahahaha...
kene buat assignment melalui blog...
xmo guna kertas2...n senang pensyarah nak tgk hasil kerja dorang2 nih...



:: oh yeah! terima kasih banyak2 yea yg komen kat entry sebelum ni.... :) 
doakan ecah agar semua berjalan lancar ::

Thursday, March 15, 2012

TOLONG SAYA BOLEH...

ASSALAMUALAIKUM...

ECAH NAK MINTAK TOLONG KORANG SUMER...
KOT2 LA ADER KENAL N TAU PASAL MAK ANDAM DI NEGERI KEDAH, AREA KUALA KETIL @ YG BERDEKATAN DI KAWASAN NI...

JUST NAK MAKE UP SAHAJA...
BAJU PENGANTIN MAYBE ECAH AMIK KAT KL JER BWK KE SANA...
SENANG KIHKIHKIH~~~

KALAU BLH HASIL MAKE UP DIA PUN CANTIK...N HARGA PUN BERPATUTAN...
SEBAB ECAH AKAN BERTANDANG DI MAJLIS SEBELAH LELAKI UJUNG BULAN 5...
MEMANG LAMBAT LG...TP KALAU TANYA MANA2 BUTIK PENGANTIN MESTI TARIKH BULAN 5 BNYAK DAH FULL BOOKED..

SO KALAU BLH ECAH NAK WAT AWAL2...NANTI XDE LA KELAM KABUT DAN KELIBUT JADINYA...
HAHAHAHAHA.....

KALAU ADER YG TAU BLH LA BG NI PHONE KE...NAMA BLOG KE...NAMA FB KE...
NAK SANGAT SEBERAPA SEGERA...
HUHU....
THANKS U OLLSS.....


Tuesday, March 13, 2012

19 tahun


AL FATIHAH utk mu abah...


Assalamualaikum...
hari ni 13.03.2012..
n pada 13.03.1993 juga bapa kesayangan yg amat aku syg & rindu...
 pergi menghadap Ilahi...
hari ini genap 19 tahun pemergianmu..

kenangan bersamamu tetap dlm ingatanku...
walaupun br berusia 5 taun ketika itu...
org syg abah sangat2..
rindu sangat2...

Ya Allah...cucurilah rahmat ke atas roh bapa ku...
ampunilah segala dosa2 bapaku...
lapangkan kubur bapaku..
terangilah kubur bapaku...
jauhkan bapaku dari siksaan api neraka..
jauhkan bapaku dari siksaan kubur..
tempatkan bapa ku bersama org2 yg beriman dan beramal soleh...
Amin...

love u ABAH. RINDUUU...
:'(


:: menaip dgn menahan sakit perut...senggugut huhuhuhu ::


Monday, March 12, 2012

pulut mangga harum manis


hye kamu semua... :)
sajer poyo citer pasal makanan nih...haha
mesti ramai yg dah pernah mkn kan...

dah lama dah ecah mkn mende nih...
en.wawi belanja HAHA..
memang suker giler mangga dia...sbb manisssss :)
pulut dia lembut2 jerk...
dgn kuah yg mcm santan plak kan...sangt la lemak kata org..
tp buah mangga tu yg membuatkan ohsem mende nih..

nah jamu mata..hehe



:: InsyaAllah baru nak wat kerja2 utk door gift kawen. alahai lg sebulan lebih jer lg.. ::
:: mcm2 nak kene prepare..woooohaaaa manyak jugak fulus kene keluo.. ::
:: ALHAMDULILLAH dah dapat kebenaran berkahwin lelaki/perempuan.. :) ::

semoga semua urusan dipermudahkan...


YA ALLAH AMPUNI DOSA DOSA KU...


Tuesday, March 6, 2012

Ingat lah wahai kwn2 ku…..

Assalamualaikum...
dah lama xsharing2 kan kat sini..huhu...
sorry buat semua syg CE sekalian...
jarang menyinggah...

k la nak merepek pun xtau nak taip apa...
huahuahua.....

meh baca nih :)
best tau..
layannn..


ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk
besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail &
beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat
yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan
siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri
menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha
Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup
sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas
bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak
berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi"
yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak
pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan
bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang
menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).
Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk
memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah
huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga
dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ÍæÖ ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin
sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi
empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

a. Pemimpin yang adil.

b. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

c. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

d. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

e. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata
"Aku takut pada Allah".

f. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

g. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya
kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan
Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga
ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu
kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi
Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya
mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang
lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu
terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( ÚÑÔ ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4
orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana
yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya.
Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( ßÑÓí ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan
timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun
dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah
ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap
pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan
amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama
kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan
mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan
tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan
mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah
dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk
menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab
untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata,
kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di
adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s..a.w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan
hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan
untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang
mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk
yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korbandan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.
Pustaka Nasional Singapura 2004. 


:: 2bulan lg...kdg2 takut...risau...n kdg2 rase lg jauh lak dgn bakal...its that normal...huhu.. ::


with <3