KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2011: Enggan menyimpul tali pertunangan terlalu lama, aktor popular Ashraf Muslim berhasrat mahu melangsung pernikahannya bersama Noor Dayana Lokman pada Syawal yang bakal menjelma. Lebih manis lagi, jelas Ashraf Muslim, Mekah menjadi destinasi pernikahannya kelak memandangkan itu merupakan impian yang telah lama dipendamnya.
"Kami berhasrat akan melangsungkan pernikahan pada 1 Syawal depan di Mekah. Memang saya berniat mahu bernikah di sana.
"Setelah berbincang dengan kedua-dua belah pihak alhamdulillh semua bersetuju dan lagi pun mengikut sunnah nabi Muhammad SAW," katanya ketika ditemui selepas majlis pertunangannya bersama Dayana yang diadakan di kediaman perempuan yang juga merupakan lokasi klinik perubatan Ashraff iaitu Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di Gombak pagi tadi.
Mula mengenali Dayana yang juga merupakan anak rakan kongsi perniagaannya , Lokman Abdul Hamid, sejak lebih setahun yang lalu, kata aktor berusia 30 tahun, sifat kesederhanaan dan kebaikan yang ada pada wanita berusia 24 tahun itu cukup memikat hatinya.
"Pada awalnya, saya hanya merupakan pesakit dan pernah berubat dengan ayah Dayana. Kemudianya hubungan kami semakin rapat seperti abang dan adik. Setelah itu saya menjadi rakan kongsinya di Pusat Rawatan Islam Al- Hidayah ini.
"Saya dengar nama Dayana dah lama tapi tak pernah berjumpa. Saya mula kenal dia sejak tahun lalu selepas dia pulang dari belajar di India dan mula rapat selepas kami sama-sama saling bekerjasama membantu ayah Dayana.
"Dia mempunyai ilmu dalam perubatan moden dan saya menerusi rawatan tradisional jadi kita boleh bertukar-tukar pandangan dan pendapat dan saling mengajar antara satu sama lain," jelasnya yang akan berehat daripada dunia lakonan seketika bagi memberi tumpuan terhadap pusat rawatannya itu dan hanya akan kembali berlakon pada tahun hadapan.
Menyambung perbualan, jelas anak sulung daripada lapan beradik itu lagi majlis resepsi akan dilakukan di Shah Alam dan Melaka namun tarikhnya masih belum ditentukan lagi.
Dalam majlis pertunangan tadi, pelakon yang popular menerusi drama Ustaz Amirul ini diwakili oleh ibu saudaranya, Fatimah Azil yang telah menyarungkan cincin ke jari manis Dayana.
Pasangan lelaki membawa lima dulang hantaran meliputi cincin, sirih junjung dan cokelat bertukar dulang bersama pihak perempuan yang membalasnya dengan tujuh dulang. Antaranya ialah cincin, sepersalinan baju Melayu dan kek.
Sementara itu, jelas Dayana pula, sifat bertanggungjawab, dan romantis yang ada pada Ashraf membuatkannya terpesona.
"Dia seorang yang bertanggungjawab, ambil berat dan romantis itu antara sikapnya yang membuatkan saya suka pada dia. Selain itu saya lihat dia sekarang lebih matang dan berubah daripada sebelum ini. Perubahan ke arah kebaikan dan ianya amat menyenangkan saya," jelasnya yang kini sedang menjalani latihan amali di Kolej Perubatan Manipal Melaka.
Majlis pertunangan Ashraf Muslim itu tadi juga turut disiarkan secara langsung menerusi rancangan Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada jam 9.45 pagi tadi. Pada sebelah petangnya, turut diadakan majlis perasmian pusat perubatannya yang telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Khaled Nordin.
sempena usop whilca nih dah semakin pemes..ramai beno yg wat fan page..mcm2 lg lea..heheh...
ate..mekemekeme..moh le kte layann gambo kawen si usop nih..hahaa..cantik bini nyer kan kan..
Dipercayai, album ini sudah berusia sekitar 3 tahun, dimuat naik pada tahun 2008. Isteri kepada Usop Wilcha (Syed Asri), bernama Fiza kelihatan amat cantik orangnya. Kami agak isterinya berumur sekitar lewat 20-an.
rase2nyer siapa yea yg akan jd artis paling popular 2010??
hehee...dua artis ni berkemungkinan akan jadi..sy rase la...
tgk dua2 pun bnyak produk..filem..drama...pengacara...kan..
heheee...ape2 pun kte tunggu jer la yea mlm ni ok?
heheeee mulai april ini bermula episod maharaja lawak yea...
huahuahuahuahua sangat sukerr...
dpt mengeppykan diri dgn lawaks2 mereka...
siapa pilihan korang???
sila pilih dan undi ! (kalau berminat)
yuhuuu pilihan sy???
of cozzz...JOZAN...haaahahaa w/pun kene baek punyer komen dr Mamat khalid..xper br first weeks kan...minggu akan dtg kte tgk lg ok?
*ari jumaat kul 10.00 mlm*
tayangan utk minggu pertama & ke 2 blh tgk kat astro warna n prima..tp minggu yg ke 3 hanya d astro warna jer...haha sape2 yg xmelanggan astro warna,lepas ni kene la langgannn..hoho...
heeeheee ni la semua peserta maharaja lawak =)
Rezeki Man..hahahaha...
setelah 5 kali mencuba utk masuk raja lawak..now musim ni dia la Raja lawak musim ke-5!
jujur lea sy ade la 2kx mengundi..heheheheeee..
ok la kan...menang jugerk akhirnya...rezeki isteri & anak barangkali.. =)
so all da best ya..
lepas ni sunyi la mlm2 sy tanpa raja lawak..hukhukhuk...
tp xper..Maharaja Lawak dah nak bermula!! huahuahua....
SHAH ALAM, 18 MAC 2011: Dengan lawak berkonsepkan kongsi gelap dan mat rempit, Abd Rahman Bin Kasim, atau lebih dikenali sebagai Man, 33, telah diisytiharkan sebagai pemenang Raja Lawak Astro Musim ke 5(RL5) dalam Gelanggang Akhir Raja Lawak yang bersiaran secara langsung sebentar tadi.
Dalam acara kemuncak yang berlangsung dari Pusat Konvesyen Shah Alam itu, Man telah mendapat undian SMS tertinggi menewaskan dua finalis lain iaitu kumpulan R2 dan kumpulan Balas.
Dengan gelaran juara ini, Man telah membawa pulang wang tunai RM100,000, barangan elektrik serta trofi Raja Lawak tajaan Astro. Kumpulan R2, yang diiktiraf sebagai naib juara pula membawa pulang wang tunai RM50,000 bersama barangan elektrik dan trofi Raja Lawak manakala Balas ditempat ketiga pula membawa pulang wang tunai RM30,000 bersama barangan elektrik dan trofi Raja Lawak.
Hadiah disampaikan oleh pelawak lagenda, Mat Sentul yang diiringi Encik Nizam Sani, Pengurus Saluran Astro Prima dan Warna.
Gelanggang Akhir RL dihoskan oleh Johan dan Zizan dan para finalis ditugaskan untuk membuat dua persembahan bertemakan stail bebas dan muzikal komedi. Turut ditampilkan ialah tiga pengkritik utama iaitu Afdlin Shauki, Sathiya dan David Teo.
Persembahan pembukaan menampilkan semua peserta yang tersingkir sebelum ini menyampaikan lagu tema RL5 sebelum persembahan istimewa dari artis jemputan iaitu Jamal Abdillah, Joe Flizzow dan Altimet. *sumber dr Murai.com*
ALLY...bakatnya dicungkil menerusi rancangan Sinaran Passport Kegemilangan.
TIDAK dinafikan berita pertunangan pengacara popular Ally Iskandar Mohd Mardzi atau Ally dengan naib juara pertandingan pencarian bakat Gadis Melayu musim pertama, Aishah Zainal membuatkan banyak hati kecewa terutama peminat wanita yang sudah lama menaruh minat padanya.
Begitupun pada waktu sama bagi mereka yang kenal rapat dengan selebriti yang dibesarkan di Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu ini, berita pertunangan itu berupa berita gembira.
Maklumlah sebelum ini, Ally seperti sudah beberapa kali gagal dalam percintaan. Apabila majlis pertunangan antara dia dan Aishah berlangsung ramai memanjatkan syukur, kerana hati jejaka idaman ramai itu sudah diikat.
Ditemui pada sesi fotografi khas bersama Rap, di Sri Pentas, Bandar Utama baru-baru ini jelas Ally, dia bersyukur kerana akhirnya ditemukan dengan gadis yang serasi, lebih penting kedua ibu bapanya juga merestui pilihannya itu.
“Memang pernah beberapa kali gagal dalam usaha mencari jodoh hidup, tetapi tidak bermakna saya berputus asa. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang namun jodoh ditentukan Tuhan. Mengikut perancangan asal saya mahu mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun tetapi ia tersasar 10 tahun. Umur 35 baru bertemu dengan bakal isteri,” katanya.
Bercerita latar hubungannya dengan Aishah, jelas Ally dia dan Aishah hanya rakan biasa, namun yang membuatkan hatinya ‘bulat’ untuk melamar gadis berasal dari Melaka itu apabila keluarga turut menyenanginya.
sama cantik sama padann...sukerrr ^_ ^
“Aishah boleh diibaratkan kenalan keluarga juga. Malah hubungannya dengan adik-beradik saya yang lain juga baik seperti rakan. Bukan itu saja, sebelum ini sekiranya ada program di rumah keluarga saya dianjurkan TV3 mahupun TV9, dia akan singgah di rumah bertemu ibu bapa saya. Setiap kali saya balik, mereka akan bertanya mengenai Aishah. Melihat kepada perkembangan itu saya berasakan, Aishah adalah orang yang sesuai di jadikan suri hidup,” katanya lagi.
Beralih topik kepada kerjaya, sepanjang 10 tahun pembabitan�nya dalam bidang pengacaraan, Ally yang begitu sinonim dengan TV3 sudah mengendalikan hampir semua jenis program sama ada hiburan mahupun temu bual.
Bagaimanapun pengacara yang turut dicalonkan dalam Kategori Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) lebih menggemari program serius dan analitikal, selain memiliki editorial yang sangat kuat.
“Bakat saya dicungkil daripada rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan TV3. Bagaimanapun kerana belum ada pelapis saya masih lagi aktif mengendalikan rancangan hiburan. Kalau mahu tinggalkan program hiburan pun saya akan lakukan secara perlahan-lahan. Dalam tempoh lima tahun akan datang saya percaya TV3 akan bertemu dengan pelapis baru.
“Menyentuh mengenai wajah yang sinonim dengan TV3, saya berterima kasih dengan stesen nombor satu ini yang berjaya mencung�kil bakat saya dan mengembangkannya sehingga saya berada sekarang. Malah saya akan terus bersama TV3 selagi bakat diperlukan.
“Saya gembira sepanjang berkhidmat untuk TV3, ia ibarat datang bekerja di rumah sendiri. Saya percaya jika saya ke stesen televisyen lain, saya tidak akan memperoleh keseronokan bagaimana saya bekerja di sini,” katanya.
Selain itu Ally turut berkongsi pengalaman bagaimana hendak bertahan dalam dunia pengacaraan, katanya sepanjang pembabitannya sebagai pengacara dia belajar setiap kali beraksi di hadapan kamera berkenaan program terbabit dan bukan dirinya.
“Tugas saya memastikan program dilaksanakan dengan lancar. Lebih penting orang ingat program yang diterbitkan dan bukannya saya sebagai pengacara. Orang akan bosan kalau pengacara lebih menonjol berbanding rancangan dikendalikan. Kalau perkara itu berlaku bermakna pengacara itu cuba membayangi rancangan terbabit.
“Contoh terbaik untuk menjelaskan perkara ini pada saya adalah Ryan Seacrest dalam mengendalikan rancangan American Idol. Dia tidak pernah cuba menonjol sebaliknya menonjolkan peserta bertanding. Seperkara lagi sebagai pengacara, sekiranya rancangan dikendalikan itu bagus orang tidak akan memuji pengacara melaksanakan kerja dengan baik, tetapi sekiranya rancangan itu kurang menarik pasti pe�ngacara akan dipersalahkan. Itulah antara cabaran yang harus dihadapi pengacara,” katanya.
Selain mengendalikan rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), Ally kini turut mengacarakan rancangan hiburan pencarian bakat Mentor musim kelima yang disiarkan setiap Ahad, jam 9 malam. Menyentuh mengenai program itu jelas Ally penonton harus ingat bahawa ia bukan me�ngenai Protege tetapi Mentor.
“Mengapa saya berkata demikian, sebenarnya Mentor menonjolkan kemampuan penghibur berpengalaman membentuk bintang baru. Lihat saja Mohd sewaktu menyertai Mentor. Bagaimana Ziana berusaha mencungkil bakatnya sehingga dia muncul juara. Jadi dari sudut itu
kita sudah tahu bahawa sebenarnya Mentor adalah menonjol�kan kemampuan Mentor, dan kerana itu judulnya rancangan ini Mentor,” katanya.
PROFIL
Nama Penuh: Ally Iskandar Mohd Mardzi Panggilan: Ally Tarikh Lahir: 13 Januari 1976 Umur: 35 tahun Asal: Kuala Lumpur (dibesarkan di Gong Badak,Kuala Terengganu) Adik-Beradik: Anak kedua daripada tujhu beradik. Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat. Makanan Kegemaran: Nasi lemak masakan ibu. Minuman Kegemaran: Kopi O Hobi: Bola keranjang Kerjaya: Penerbit dan pengacara Rancangan TV: Ally, MHI (Malaysia Hari Ini) di TV3, Anugerah Juara Lagu, Konsert Jom Heboh, Majalah Tiga Edisi Perkahwinan Aidid Marcello dan Norzie Pa’Wan Chik, Tiada Rahsia Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa, Singgah Sahur, ResQ, Peringkat Akhir Pesona Nona dan Mentor
*poyos sebentar..haha..ini antara sisipan akhbar hari ni Harian Metro..ruangan RAP...yup..memang sy meminati Ally Iskandar...dr sekolah kot..haha rancangan tv yg dia acarakan pun sy follow..=) semua koleksi gambo pun sy simpan tau..hahaha..malu jer kan! now nak kawen dah dia..semoga bahagia la hendaknyer...:) Ally & Aishah.. *