Wednesday, December 16, 2015

progress rumah

jom sambung entry beli rumah. hihi
aku share pengalaman aku la ye..
aku ni bukan lah pandai sangat bab hartanah ni..
tp zaman sekarang kita kene amik tau walaupun tak nak tau..

dua tahun lepas aku beli rumah ni harga 149k.
keluasan rumah dalam 20 x 60.
jenis teres setingkat.
yesss! harga rumah sekarang melampau lampau mahalnya tau..
now dah mencecah 200k dan ke atas..
pehhhhhh.....menangis tau nak bayar...
gaji secoit...bayo hutang sebebannnn..
haaa ni namanya luahan hati anak muda mcm aku..haha...

tapiiiii kawasan yang aku beli ni bukan lah di tengah bandar ye..
buat pengetahuan..aku mampu beli kat kawasan pinggir bandar je..kapar,klang..kalau nak ke pekan kapar tu dalam 5 minit je..haha..kalau nak ke kuala selangor pun dah dekat bebeno..dalam 15 minit dah masuk sempadan kuala selangor..
dalam kata lain agak ke dalam sikit kawasannya..dah macam masuk kawasan kampung..(orang kata laa,,tp aku x kisah..sebab ini je yang aku mampu..ukur baju di badan sendiri la ye tak?) 
sebab tu boleh dapat harga macam tu...kalau kat kawasan bandar? tak merasa la hoii..

nak cari rumah baru korang boleh google je..hihi
atau pun cari kat mudah.com
banyak properties baru atau yang second yang ada..
tp kene tengok pemaju...takut ada yang dah blacklist..
kita takut ada kes kes terbengkalai..
so kene usaha cari..kaji..call
ewahhh mcm payahh pulak bunyinya! haha..

dan yang penting korang kene tgk tempat tu..
wujud ke tidak utk pembinaan rumah tu..
sebab tu penting buat lawatan ke kawasan rumah yang kita nak beli tu..
at least tak lah tertipu..

selain tu,buat persediaan..kewangan memang lah..
lagi lagi kalau buat loan bank..
pasrah je lah bayo macam macam walaupun rumah belum siap dibina..
itu biasa..
kalau loan kerajaan tak payah penin penin pikir..hihi
interest rendah..loan senang lulus..pemotongan utk bayar rumah pun, sampai rumah dah siap baru dibuat pemotongan..jadi kaki dan tangan kerajaan bersyukur lah ye! hahaaa..

nahhh aku belanje gamboo 2 keping dulu...



nanti nanti aku sambung lagi yer!
ok bhaiii

Tuesday, December 8, 2015

beli rumah.

Alhamdulillah..semua dah setel..

ni gambar 2 tahun yang lepas. 
melawat kawasan..
kosong lagi waktu ni...
baru proses rata kan tanah..

nanti nanti aku kasi cerita yea..
bagaimana..
bila..
kat mana...
harga..


Wednesday, December 2, 2015

bila aku rajin masak.

ni semua gambar random yg dah lama terperuk dalam folder katanya...hihi
bila mood rajin nak masak..membaking..ni la jadinya...
aku ni idok le pandai masak bebeno..main masak masak tu buleh la..kahkahkah...

 ni lauk lunch
sambal udang petai dan masak lemak cili api telur itik..

 yang ini masa mkn malam..
nasi goreng cili api dgn ayam goreng 1.20 (beli kat kedaiii hihi)
4 ketul kuih coqbadak (aku jual haha) 
 ni la lauk masa aku buat makan2 raya tu hari..
hahaha berkurunnnn dah nokk
menu aku buat yg simple je
~nasi daging, air asam
~nasi impit dengan rendang ayam
~cheesekut blueberry
~satay ayam dan daging sahmuri (yang ni order je kat kedai satay haha)

 antara tetamu yg sudi datang ke teratak kecil ku...
dpt la jumpa kawan2 lama..
tuan rumah muka dah comot..haha..


 ni la hidangan utk kawan aku yg datang bertandang ke rumah..
seharian jugak la dpt melepak berborak dgn kwn aku ni..laki aku pulak keje..haa sakan lah kami..hihi
~kari ikan tenggiri
~sambal ayam
~sambal tempoyak
~ayam goreng seketul tu utk luqman

 tengok tu...kemain lagi..
 macam macam perangai...siap wefie bagai
dah boleh jadi member luqman ni hahaha...

 sarapan masak nasi lemak..
nasi lemak aku takde timun..pun bolehhh
anak bertuah tgh mamam nasi lemak

 ni projek baking brownies kedut
tapi aku punya jadi brownies merekahhhh 
kahkahkah....

 lauk yang senang masak sambal je..
macam macam boleh buat..
sambal sotong..sambal telur..
sape suka makan sambal kita geng! hihi

 ais krim paling sedap,,murah dan puas hati..
haha korang beli la kon ais krim mcm tu  sekotak,
sebekas ais krim walls kit kat bite..
haaa makan lah puas puas..x puas satu kon..boleh buat lagi..
tak ke jimat tu..
anak aku memang suka la dia dapat makan ais krim!

 bila dah malam tapi perut lapo..
nak makan yg simple je
makanya jadi la pizza roti ni...
buh je bahan yang ada..lepas tu bako..
 dah siap! bagus katanyaa haha..
*
*
*
lauk paling WIN
telor goreng kicap dan sambal tempoyak! aku buh ikan bilis goreng rangup2..
pehhhh naik selera makan!
kenyang ya rabbi...hihi

ok bhaiii
tenkiu.

Tuesday, December 1, 2015

aneka karipap pusing frozen,cucur badak frozen,popia otak otak frozen dan western food.

Assalamualaikum...

amboiiiii tu diaaa tajuk dah habeh panjang dah tuhh haha..
saja nak habaq mai aku juai semua tu..
ada karipap pusing kentang/sardin..coqbadak ubi warna oren..popia otak otak dan western food..

bawah ni antara sebahagian order daripada customer kesayangan aku...hihi
tu baru separuhhh ada lagi sebenaqnya..tp gambaq lum transfer lg...gituhh..
korang layan je ah gambar kuih ni ye...hehehh




 rare sangat ni tauuu
setiap peket kuih aku balut guna surat kabo lama..
nak kasi tahan lama kebekuan kuih tu...lepas tu blh la buh dalam plastik masing2 ikut order ye..





 syukur..kadang tuhh order berderu deru...sampai licin terus stok kuih dalam freezer..

 aku bukan sahaja jual...malah aku,suami dan anak memang suka makan..
# akujual # akumakan 
hahaha...




 kawan tempat keje lama aku pun bnyk support beli kuih frozen...
terima kasih sangat2..
terharuuuuu...
yg penting niat aku nak mudahkan urusan org dah tercapai...

laki aku memang jadi runner la anto kuih...
area pj/kl mana yang berdekatan blh la runner..hihi
yg penting kerjasama katanyaaa hahaha...

yang nak cuba rasa blh rojer 0126619724/01113359838
cod area pj/kl yg berdekatan
kalau yg jauh2 ada cas delivery yea..
yg nak self pick up pun aku alu alukan..
TQ!