Saturday, March 19, 2011

Man Ditabalkan Sebagai Raja Lawak Musim ke 5

Rezeki Man..hahahaha...
setelah 5 kali mencuba utk masuk raja lawak..now musim ni dia la Raja lawak musim ke-5!
jujur lea sy ade la 2kx mengundi..heheheheeee..
ok la kan...menang jugerk akhirnya...rezeki isteri & anak barangkali.. =)
so all da best ya..
lepas ni sunyi la mlm2 sy tanpa raja lawak..hukhukhuk...
tp xper..Maharaja Lawak dah nak bermula!! huahuahua....

Final RL5: 2 Penyanyi Popular Bakal Buat Lawak

SHAH ALAM, 18 MAC 2011: Dengan lawak berkonsepkan kongsi gelap dan mat rempit, Abd Rahman Bin Kasim, atau lebih dikenali sebagai Man, 33, telah diisytiharkan sebagai pemenang Raja Lawak Astro Musim ke 5(RL5) dalam Gelanggang Akhir Raja Lawak yang bersiaran secara langsung sebentar tadi.
Dalam acara kemuncak yang berlangsung dari Pusat Konvesyen Shah Alam itu, Man telah mendapat undian SMS tertinggi menewaskan dua finalis lain iaitu kumpulan R2 dan kumpulan Balas.
Dengan gelaran juara ini, Man telah membawa pulang wang tunai RM100,000, barangan elektrik serta trofi Raja Lawak tajaan Astro. Kumpulan R2, yang diiktiraf sebagai naib juara pula membawa pulang wang tunai RM50,000 bersama barangan elektrik dan trofi Raja Lawak manakala Balas ditempat ketiga pula membawa pulang wang tunai RM30,000 bersama barangan elektrik dan trofi Raja Lawak.
Hadiah disampaikan oleh pelawak lagenda, Mat Sentul yang diiringi Encik Nizam Sani, Pengurus Saluran Astro Prima dan Warna.
Gelanggang Akhir RL dihoskan oleh Johan dan Zizan dan para finalis ditugaskan untuk membuat dua persembahan bertemakan stail bebas dan muzikal komedi. Turut ditampilkan ialah tiga pengkritik utama iaitu Afdlin Shauki, Sathiya dan David Teo.
Persembahan pembukaan menampilkan semua peserta yang tersingkir sebelum ini menyampaikan lagu tema RL5 sebelum persembahan istimewa dari artis jemputan iaitu Jamal Abdillah, Joe Flizzow dan Altimet.

*sumber dr Murai.com*

8 comments:

  1. Man terbaek....R2 juga okey...Balas no 3...huhu...

    ReplyDelete
  2. akak suke bile man menang..yeyah...;)

    ReplyDelete
  3. amin : yup..dia terbaek mlm td..semua pun hebat2 kan :)

    kak salasiah : o yeah..rezeki dia kan..haha sy pun suker dia menang! :-)

    ReplyDelete
  4. tahniah kat man..papehal jom g makan dulu.

    ReplyDelete
  5. ieyzajamil : jommm memang lapooo nihh hihihi

    ReplyDelete
  6. selamat malam lily--
    kak ayu tertidur...nie baru bangun terus BW

    ReplyDelete
  7. haii k.ayu..selamat siang.. :)
    sorry mlm td sibuk sikit menjaga anak buah..xsihat..huhu

    ReplyDelete
  8. lily: ley pggl akak, kak sal jerk...huhuuh ;p

    ReplyDelete