Tuesday, December 6, 2011

10 Muharram...

Assalamualaikum...
ari ni 10 Muharram...
Selamat Hari Asyura :)

elok puasa kan 9 & 10 Muharram...

PUASA SUNAT HARI ASYURA

Hari Asyura ialah hari ke-10 dalam bulan Muharram. Islam menggalakkan umatnya mengerjakan puasa sunat pada hari tersebut berdasarkan hadith Baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Baginda Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh para sahabatnya supaya turut berpuasa. (Hadith Muttafaqun Alaihi).

Kelebihan puasa sunat Asyura ialah Allah menghapuskan dosa orang yang berpuasa itu setahun yang lalu berdasarkan hadith daripada Abu Qatadah r.a bahawa Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Puasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) dapat menghapuskan dosa dua tahun iaitu setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Dan puasa pada hari Asyura (10 Muharram) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu. (Hadith Riwayat Jama’ah kecuali Bukhari dan Tarmizi)

Imam Abu Laith As-Samarqandi menyebut bahawa antara peristiwa yang berlaku pada hari Asyura ialah:
1.Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat atas Bukit Judi setelah berlakunya banjir besar.
2.Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari menjadi korban api Raja Namrud.
3.Nabi Isa diangkat kelangit.
4.Nabi Musa diselamatkan Allah dari serangan Firaun.
5.Ditenggelamkan Firaun dalam Laut Merah.
6.Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan Nun.


Puasa pada hari 9 atau 11 Muharram:

Oleh kerana orang Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura kerana bersyukur selamatnya Nabi Musa dari serangan Firaun maka sahabat bertanya kepada Baginda Rasulullah bahawa hari Asyura ialah hari yang agung bagi orang Yahudi. Maka Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Puasalah pada hari Asyura (10 Muharram) dan bezakanlah dengan puasa orang yahudi iaitu dengan cara kamu berpuasa sehari sebelumnya (9 Muharram) dan sehari selepasnya (11 Muharram). Hadith Riwayat Imam Ahmad dan al-Baihaqi.

Berdasarkan hadith di atas sudah memadai perbezaan dengan puasa orang yahudi apabila umat Islam berpuasa sehari sebelum 10 Muharram atau sehari selepas 10 Muharram.

Wallahua'lam..
 
~~~credit I luv Islam~~~
 
:: ade kelapangan ecah jalan2 ke rumah korang sume eh heehe.... oh yeah! TQVM to all yg wish my besday....terharu... :) ::
 

4 comments:

  1. good info..
    sayang saya pun terlepas tahun ni..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih berkongsi ilmu ni dik :)

    Allah, terlepas nak wish dik Ecah happy birthday tapi belum terlambat kan. Happy belated birthday, dik Ecah. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & dikurniakan kesihatan yg baik olehNya :)

    ReplyDelete