Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..
meh same2 buat renungan kter semua..
Wanita
• Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
• Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
• Saksinya kurang berbanding lelaki.
• Menerima pusaka kurang dari lelaki.
• Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
• Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
• Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
• Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.
Lelaki
• Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN???
• Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
• Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
• Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.
TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan- keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
Pernahkah kita lihat sebaliknya???
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawab kan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangny a ALLAH pada wanita.
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang menghadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA..
Dia, maha pengadil lagi maha penyayang..
ReplyDeletesama2 dia beri keizinan u makhluknya..
dik.. sama2 kita pikul tggungjawab bersama2 ya..
sesungguhnya Allah Maha Adil
ReplyDeletecuma kita je kadang2 tak leh fikir secara positif
tak kira kita wanita atau lelaki Allah telah ciptakan kita dgn sebaik-baik kejadian kan..
ReplyDeleteManusia itu sendiri terlalu istimewa, punya akal yg tidak ada pada yg lain. Beruntung menjadi manusia tinggal kita mengikut garispanduan insya-allah segalanya menjadi mudah...
ReplyDeletesebab tulah Allah cipa lelaki dan perempuan untuk saling melengkapi antara satu sama lain..
ReplyDeleteindahnya ciptaan-Nya.
setiap wanita dan lelaki tu ada keistimewaanya disisi Allah..;)
ReplyDeletetp untungnya jadi perempuan,,nak dapat masuk syurga tu banyak je caranya i.Allah...:)
p/s: saya tag cik ecah!
ReplyDeletetu la kelebihan manusia tanpa mengira jantina..
ReplyDeleteSesungguhnya Dia Maha Adil :)
ReplyDeletekesimpulannya: Syurga isteri dibawah tapak kaki suami manakala syurga suami bawah tapak kai ibu..Cantik dh Allah susun..Adil..
ReplyDeletebetul, Allah itu Maha adil...masing2 ada tanggungjawab masing2...
ReplyDeleteok info ni bagus. kita baca kita senyum. thanks awak. semoga jadi isteri yang taat pada suami ok. :)
ReplyDeletenice..... i love it.... thanx sangat... sebelum ni dah tahu sikit2... ni dah tahu banyak2... hehehe
ReplyDeleteitulah...Allah itu Maha Adil dan Penyayang..:)
ReplyDeletenice post entri
ReplyDeletetq sharing
ReplyDeleteaik busy kah? takda entry barupun... ingatkan link kita rosak... wewitttttttttttttt
ReplyDelete