Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai
senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna
lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman..
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling
cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai
rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di
mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai
rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu
kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai
akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal
sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu yg susah kakak nak ikut dik. Senyum bila dapat musibah. Baru pening kepala pun dah susah nak senyum...
ReplyDeleteMuhasabah diri dari N3 ini..
suka ngan entry nie
ReplyDeletethanks ecah!
ReplyDeletegud sharing sis... suka plak baca psal siapa ni.. boleh nilai jugak kita ni sape kan
ReplyDeleteselalu rasa syukur sbb berkongsi sesuatu y baik2 buat kehidupan..
ReplyDeletePS: mmg bestkan?
Terima kasih kerana berkongsi, dik Ecah. Tang part senyum masa ditimpa musibah tu kena baiki lagi la untuk diri akak ni :)
ReplyDeletesaya rasa saya orang paling cantik..hahaha.. perasan camni pun takpe kan..
ReplyDeletenice for sharing
ReplyDeletethnks for sharing...
ReplyDeletesalam kenal yer.. :)
perkongsian yg sgt bagus :-)
ReplyDelete