Tuesday, February 28, 2012

wedding n eppy with them

Assalamualaikum.

sabtu lepas g jemputan wedding kawan ofis lama..k.yat..
tp bukan dia yg kawen..Hehe...tp adik dia..
gadis melayu tu.. Rina salleh..
pernah jumpa dulu k.rina ni sblm masuk gadis melayu lg...memang orgnya kecik molek jer..
cantik..lg ayu... :) xsombong.. 
k.yat ni kwn masa ecah keje kat epf dulu...
now ramai dah berpisah...semua keje merata rata...
huhu so bl ader peluang blh jumpa...
memang gunakan sebaiknyer...

majlis ni kat kg.budaya bukit cerakah..shah alam..
dah sampai saner...park kete...
tunggu tramp (betul ker haha) ala mcm bas jugak tp xde tingkap haha syok jugakk
kene naik mende ni utk smpai ke kg budaya...
lalu kwsn utan yg sejuk n damai jer...hehe


xbnyak sangat pun pic...
ader la ckit2 jer gambo...
meh nengok..


kad kawen mereka..


bila dah jumpaa haha....dari kiri ecah,,k.yat,,karniza,,yaya...
ni semua kawan satu ofis dulu...
ecah paling muda umur...tp beso bdn HAHA..


k.yat n anknya...umairah!
heeee comel2









jumpa finalis gadis melayu..
fatin... :)


like garden kan kan..
tp ni pas ujan...

sesi bergambar family...
pas jer bergambar ujan turun..lebat jugak la..
ujan rahmat :)

kteorang br nak mkn masa ni..
dah selesai mkn
br sambung tangkap2 gambo haha..

bluur sikit gambar huhu..
masa ni k.rina bisi ckit..
semua nak amik gambo..
pengantin kan..
tp gojess sangat kan dia ni.. =)


nak jugak amik gambo dgn pengntin...
uppss..korang tgk gambo pengantin jer yea...
yg sebelah pengantin tu jgn tgk..
dah lunyai rope i HAHAHA...


dgn kaki ayam nyer...
pengantin sangat sporting bile ecah nak bergambo...
dorang xkisah pun..
tp ecah yg segan sbnrnya kahkahkah~~~

suker tgk background pelamin..
real kehijauan...ini betul2 tau bukan tipu 

n last but not least
*
*
*

heeeeeeeeeeeeeeeeee

peace!

Wednesday, February 15, 2012

WW

see hahaha look my face???
demokkk pp kan kan


tp...
kdg2 muka kte blh jadi bujur
hahahahhahhaaaaa ;p


ekekekekeeee......

:: sorry my dear...lambat,,jarang2,,hapdet blog..kdg2 xtau nak post aper...nak menyinggah rajin tp nak conteng mengomen malas...maklum saje..bila vitamin M (malas) lg banyak dr vitamin rajin hahaha... ::

:: agak kebisian ckit dgn kerja...huhu...n kdg2 jiwa ada sikit kacau..tu yg senyap jer heeeeeee ::

:: tQ sudi singgah sini...w/pun xde apa yg menarik pun kat teratak ecah ni yawww haha ::


luv u! <3

Thursday, January 26, 2012

Allah Maha Adil

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..

meh same2 buat renungan kter semua..

Wanita

• Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

• Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

• Saksinya kurang berbanding lelaki.

• Menerima pusaka kurang dari lelaki.

• Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

• Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.

• Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

• Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.


 
Lelaki
 
• Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN???
 
• Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

• Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

 
• Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

 
 
TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan- keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.  

Pernahkah kita lihat sebaliknya???

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?



Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawab kan terhadap 4 wanita :

1. ibunya

2. isterinya

3. anak perempuannya

4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :

1. suaminya

2.ayahnya

3. anak lelakinya

4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :

1. sembahyang 5 waktu

2. puasa di bulan Ramadhan

3. taat kepada suaminya

4. menjaga kehormatannya

 
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangny a ALLAH pada wanita.

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.

Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang menghadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA..