Monday, March 14, 2011

saya memang minat dia!

Mahu kendali program serius, analitikal

ALLY...bakatnya dicungkil menerusi rancangan Sinaran Passport Kegemilangan.
ALLY...bakatnya dicungkil menerusi rancangan Sinaran Passport Kegemilangan.
TIDAK dinafikan berita pertunangan pengacara popular Ally Iskandar Mohd Mardzi atau Ally dengan naib juara pertandingan pencarian bakat Gadis Melayu musim pertama, Aishah Zainal membuatkan banyak hati kecewa terutama peminat wanita yang sudah lama menaruh minat padanya.
Begitupun pada waktu sama bagi mereka yang kenal rapat dengan selebriti yang dibesarkan di Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu ini, berita pertunangan itu berupa berita gembira.

Maklumlah sebelum ini, Ally seperti sudah beberapa kali gagal dalam percintaan. Apabila majlis pertunangan antara dia dan Aishah berlangsung ramai memanjatkan syukur, kerana hati jejaka idaman ramai itu sudah diikat.

Ditemui pada sesi fotografi khas bersama Rap, di Sri Pentas, Bandar Utama baru-baru ini jelas Ally, dia bersyukur kerana akhirnya ditemukan dengan gadis yang serasi, lebih penting kedua ibu bapanya juga merestui pilihannya itu.
“Memang pernah beberapa kali gagal dalam usaha mencari jodoh hidup, tetapi tidak bermakna saya berputus asa. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang namun jodoh ditentukan Tuhan. Mengikut perancangan asal saya mahu mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun tetapi ia tersasar 10 tahun. Umur 35 baru bertemu dengan bakal isteri,” katanya.
Bercerita latar hubungannya dengan Aishah, jelas Ally dia dan Aishah hanya rakan biasa, namun yang membuatkan hatinya ‘bulat’ untuk melamar gadis berasal dari Melaka itu apabila keluarga turut menyenanginya.

sama cantik sama padann...sukerrr ^_ ^
“Aishah boleh diibaratkan kenalan keluarga juga. Malah hubungannya dengan
adik-beradik saya yang lain juga baik seperti rakan. Bukan itu saja, sebelum ini sekiranya ada program di rumah keluarga saya dianjurkan TV3 mahupun TV9, dia akan singgah di rumah bertemu ibu bapa saya. Setiap kali saya balik, mereka akan bertanya mengenai Aishah. Melihat kepada perkembangan itu saya berasakan, Aishah adalah orang yang sesuai di jadikan suri hidup,” katanya lagi.

Beralih topik kepada kerjaya, sepanjang 10 tahun pembabitan�nya dalam bidang pengacaraan, Ally yang begitu sinonim dengan TV3 sudah mengendalikan hampir semua jenis program sama ada hiburan mahupun temu bual.

Bagaimanapun pengacara yang turut dicalonkan dalam Kategori Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) lebih menggemari program serius dan analitikal, selain memiliki editorial yang sangat kuat.

“Bakat saya dicungkil daripada rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan TV3. Bagaimanapun kerana belum ada pelapis saya masih lagi aktif mengendalikan rancangan hiburan. Kalau mahu tinggalkan program hiburan pun saya akan lakukan secara perlahan-lahan. Dalam tempoh lima tahun akan datang saya percaya TV3 akan bertemu dengan pelapis baru.

“Menyentuh mengenai wajah yang sinonim dengan TV3, saya berterima kasih dengan stesen nombor satu ini yang berjaya mencung�kil bakat saya dan mengembangkannya sehingga saya berada sekarang. Malah saya akan terus bersama TV3 selagi bakat diperlukan.

“Saya gembira sepanjang berkhidmat untuk TV3, ia ibarat datang bekerja di rumah sendiri. Saya percaya jika saya ke stesen televisyen lain, saya tidak akan memperoleh keseronokan bagaimana saya bekerja di sini,” katanya.

Selain itu Ally turut berkongsi pengalaman bagaimana hendak bertahan dalam dunia pengacaraan, katanya sepanjang pembabitannya sebagai pengacara dia belajar setiap kali beraksi di hadapan kamera berkenaan program terbabit dan bukan dirinya.

“Tugas saya memastikan program dilaksanakan dengan lancar. Lebih penting orang
ingat program yang diterbitkan dan bukannya saya sebagai pengacara. Orang akan bosan kalau pengacara lebih menonjol berbanding rancangan dikendalikan. Kalau perkara itu berlaku bermakna pengacara itu cuba membayangi rancangan terbabit.

“Contoh terbaik untuk menjelaskan perkara ini pada saya adalah Ryan Seacrest dalam mengendalikan rancangan American Idol. Dia tidak pernah cuba menonjol sebaliknya menonjolkan peserta bertanding. Seperkara lagi sebagai pengacara, sekiranya rancangan dikendalikan itu bagus orang tidak akan memuji pengacara melaksanakan kerja dengan baik, tetapi sekiranya rancangan itu kurang menarik pasti pe�ngacara akan dipersalahkan. Itulah antara cabaran yang harus dihadapi pengacara,” katanya.

Selain mengendalikan rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), Ally kini turut mengacarakan rancangan hiburan pencarian bakat Mentor musim kelima yang disiarkan setiap Ahad, jam 9 malam. Menyentuh mengenai program itu jelas Ally penonton harus ingat bahawa ia bukan me�ngenai Protege tetapi Mentor.

“Mengapa saya berkata demikian, sebenarnya Mentor menonjolkan kemampuan penghibur berpengalaman membentuk bintang baru. Lihat saja Mohd sewaktu menyertai Mentor. Bagaimana Ziana berusaha mencungkil bakatnya sehingga dia muncul juara. Jadi dari sudut itu

kita sudah tahu bahawa sebenarnya Mentor adalah menonjol�kan kemampuan Mentor, dan kerana itu judulnya rancangan ini Mentor,” katanya.


PROFIL

Nama Penuh: Ally Iskandar Mohd Mardzi
Panggilan: Ally
Tarikh Lahir: 13 Januari 1976
Umur: 35 tahun
Asal: Kuala Lumpur (dibesarkan di Gong Badak,Kuala Terengganu)
Adik-Beradik: Anak kedua daripada tujhu beradik.
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan
Pengajian Filem University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat.
Makanan Kegemaran: Nasi lemak masakan ibu.
Minuman Kegemaran: Kopi O
Hobi: Bola keranjang
Kerjaya: Penerbit dan pengacara
Rancangan TV: Ally, MHI (Malaysia Hari Ini) di TV3, Anugerah Juara Lagu, Konsert Jom Heboh, Majalah Tiga Edisi Perkahwinan Aidid Marcello dan Norzie Pa’Wan Chik, Tiada Rahsia Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa, Singgah Sahur, ResQ, Peringkat Akhir Pesona Nona dan Mentor
*poyos sebentar..haha..ini antara sisipan akhbar hari ni Harian Metro..ruangan RAP...yup..memang sy meminati Ally Iskandar...dr sekolah kot..haha rancangan tv yg dia acarakan pun sy follow..=) semua koleksi gambo pun sy simpan tau..hahaha..malu jer kan! now nak kawen dah dia..semoga bahagia la hendaknyer...:) Ally & Aishah.. *

2 comments:

  1. lily--
    daku tak sangka....akhirnya ally sudah berpunya..
    habis menangislah secret admire ally..hehehhe

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu tgh nanges la nih k.ayu...
    hukhukhuk....
    tp xper la..sy merelakan mereka kawen n bahagia...nama bakal dia pun Aishah jugerk..dekat2 jer nama dgn sy..hehehehe

    ReplyDelete