Thursday, April 7, 2011

Kepentingan Bersyukur, Bersedekah dan Menghargai

'why do you keep complaining
when you have everything? '

acececehhh...soalan dan peringatan utk diri sendiri & temanteman...

Kita seharusnya menyedari dengan keyakinan yang hakiki bahawa kita telah mempunyai segalanya pada masa ini, kerana dengan menghayati apa yang kita miliki pada waktu inilah baru kita dapat merasai kehidupan yang diimpikan. Kita mesti belajar untuk menerima dan reda terhadap kehidupan kita pada masa ini. Kita hidup di dunia yang serba cukup, walaupun majoriti manusia berpendapat bahawa dunia ini kejam dan sentiasa tidak cukup.

Sebenarnya, anugerah Allah adalah tidak terbatas; ia merangkumi perkara-perkara baik, perkara-perkara yang indah dan pengalaman yang menarik dan berguna. Segalanya adalah mencukupi bagi semua makhluk-Nya, sentiasa cukup! Selama ini kita telah tertipu, kita telah dipengaruhi oleh pendapat yang tidak benar yang mengajar kita bahawa hidup ini penuh derita, sengsara dan sumber-sumber yang terhad. Hakikatnya, kehidupan kita serba cukup dan kita mampu memiliki apa yang kita mahu.


Hasan al-Basri ketika ditanya tentang rahsia zuhudnya, dia menjawab:


"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah kalbuku selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah."


sy suker kata2 yg sebegini utk remind sy yg sangat lalai n alpa..

Katakanlah pada diri anda, "Aku berpuas hati dengan apa yang aku telah miliki, dengan segala yang telah dikurniakan Allah kepadaku selama ini - kasih sayang, kebahagiaan, perlindungan, keselamatan, segalanya ada padaku, anugerah dari Allah yang Maha Kaya Raya, Maha Suka Memberi, Maha Pemurah, Maha sebaik-baik pelindung."

also dis one..

"Aku bersyukur dan bahagia dengan apa yang Allah kurniakan kepadaku selama ini - I have plenty." Bersyukurlah dan berbanggalah dengan apa yang anda ada sekarang. Dari situ, anda akan dapat menambahkan lagi apa yang anda belum capai.



sedekah..
Jadilah seorang yang pemurah. Kita sentiasa inginkan agar Allah menunjukkan sifat pemurah-Nya pada kita, tetapi adakah kita seorang yang pemurah dengan kemampuan diri yang ada pada kita? Dalam Islam, bagi satu sedekah, ganjarannya adalah sepuluh kali ganda. Maksudnya, setiap satu sedekah yang ikhlas dari kita, maka Allah akan membalas balik dengan sepuluh kali ganda daripada apa yang telah kita sedekahkan. Dalam Hukum Tarikan, amalan bersedekah amat disarankan kerana dengan bersedekah, kita menghantar gelombang bahawa kita mempunyai lebihan wang, maka kita menarik tenaga kecukupan pada diri kita.

Rezeki akan datang melimpah ruah andainya kita sedia berkongsi apa yang kita perolehi (bersedekah/murah hati) dengan orang lain. Tidak semestinya wang, ilmu juga jika disimpan, tidak diamalkan dan tidak disampaikan, ianya tidak akan bertambah, malah menjadi semakin malap.



maaf..

Bebaskan hati anda daripada dendam. Apabila anda masih menyimpan kemarahan, tidak kira atas alasan apa pun, sebenarnya anda hanya menyakiti diri anda. Dendam dan marah hanyalah membuatkan kita sentiasa hidup pada hari semalam, iaitu hari di mana kita rasa disakiti. Ini hanya akan menyulitkan kita untuk maju ke hadapan dan memiliki masa depan yang lebih baik. Oleh itu, lepaskanlah... ‘Let it go, let it go... Release it, let it go...'

YA ALLAH..LEMBUTKAN HATIKU..AMIN..

Luangkanlah masa 10 minit sehari dengan mengucapkan:

Aku maafkan dan bebaskan... dan aku harap mereka bahagia dan mereka akan pergi dariku...'

oo yeahh i wil.. ;p

n last but not least..

Sabda Rasullullah S.A.W, maksudnya :

"pada anggota manusia itu, ada seketul daging, jika baik daging itu, maka akan baiklah seluruh jasadnya. ketahuilah bahawa yg dimaksudkan dgn daging itu, adalah HATI"
(hadis Riwayat Imam bukhari dan Imam Muslim)


:: sumber dari i luv islam ::



2 comments: