Friday, August 12, 2011

sharing is loving...(part 1)

Assalamualaikum...salam jumaat...(jom potong kuku dpt,pahala hihi~~~)

sekadar berkongsi...agak panjang...bc part 1 dulu eh...t ecah wat yg part 2 & 3..
tp xper jika ada masa terluang, blh baca n fahamkan...serta amalkan...
InsyaAllah....

wallahua'alam...

....................................................................................................................................................

10 Amalan Yang Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang

amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah

terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut

oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau

terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan

dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga

simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh

dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah

di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan

untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia

makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah

mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka

termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta

peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap

salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada

duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.

Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.

Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi

sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah

panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik

kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di

masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini

suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa

segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan

malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang

dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,

sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di

rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa

riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang

berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta

perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan

puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya

perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri

sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri

pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari

bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka

dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan

lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam

periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.

Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan

tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.

Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali

hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali

hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita

sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau

bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi

petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak

mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak

panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu

manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau

tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.

Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan

berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan

rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada

menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup

kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah

mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang

menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."

(Riwayat Bukhari)

Di

dalam Sirah Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda

SAW ditolak oleh golongan-golongan Pembesar Quraisy. Mereka juga telah

menawarkan tawaran yang begitu lumayan kepada Baginda SAW supaya tidak

lagi meneruskan perjuangannya untuk menyampaikan kebenaran. Mereka

begitu takut sekiranya pengaruh dan kepentingan mereka terhakis

disebabkan kewujudan Islam yang bercanggah dengan amalan jahiliyyah

mereka selama ini.

Selain itu, mereka juga mengancam keselamatan

Nabi Muhammad SAW sekiranya Baginda masih meneruskan perjuangannya

tersebut. Namun, ia langsung tidak dihiraukan oleh Baginda SAW kerana

harta dunia akan lenyap, sedangkan agama itu akan terus hidup dan

berkembang. Dakwah yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada pembesar

Quraisy dengan pelbagai cara untuk memahamkan mereka.

Namun, apa

yang terjadi ialah kedegilan mereka untuk menerima Islam. Mereka sudah

pun memahami bahawa Nabi Muhammad SAW membawa satu kebenaran yang nyata

dan jelas, namun mereka masih menolaknya kerana kedegilan mereka, dan

kepentingan mereka. Mereka khuatir sekiranya mereka mengikut Nabi

Muhammad SAW, segala kemewahan yang mereka miliki akan hilang, pangkat

kebesaran mereka akan tercabut dan pengaruh mereka akan luput.

Begitulah

apa yang terjadi hari ini, kebenaran itu sudah jelas nyata di hadapan

mata. Tetapi Islam masih ditolak kerana kedegilan manusia hari ini,

sama seperti pembesar-pembesar jahiliyyah ketika zaman Nabi Muhammad

SAW. Mereka sudah pun tahu bahawa tindakan mereka adalah salah, namun,

demi kepentingan, mereka sanggup untuk berpijak di atas kejahiliyyahan.

Demi

menjaga kedudukan, mereka sanggup melakukan apa sahaja, tidak kira

halal atau haram seperti rasuah, melanggar undang-undang, membuat

kerosakan dan sebagainya. Begitu juga harta yang mereka sayangi. Mereka

tidak sanggup kehilangan harta sekiranya mengikut kebenaran yang jelas

ini. Mereka juga khuatir pengaruh mereka yang selama ini mereka bentuk

di atas jalan yang bersifat kepentingan, akan hilang begitu sahaja

kerana berada di jalan yang benar.

Sekiranya Nabi Muhammad SAW

ditawarkan dengan kekayaan yang tiada bandingannya, hari ini

pejuang-pejuang Islam yang mewarisi perjuangan Nabi SAW turut

ditawarkan dengan jutaan ringgit sebagai rasuah, untuk menggagalkan

misi perjuangan mereka. Maka, siapakah dia Abu Jahal dan Abu Lahab pada

hari ini?

Golongan-golongan pembesar di zaman Nabi SAW berdegil

untuk mempertahankan kedudukannya, walaupun kebenaran itu jelas nyata

di hadapan mata mereka. Mereka mempertahankannya juga walaupun terpaksa

melakukan apa sahaja, asalkan kepentingan yang mereka canang, berhasil.

Mereka

juga sanggup menipu, merampas hak orang lain dan sebagainya, asalkan

kedudukan mereka berkekalan. Atau dengan kata lain, asalkan duit masuk

poket. Inilah apa yang terjadi hari ini. Siapakah yang menzalimi diri

mereka kalau bukan diri mereka sendiri? Mereka sengaja berdegil

daripada menerima kebenaran. Sengaja menutup telinga dan mata mereka

daripada mendengar kebenaran yang sudah jelas nyata.

Salam Perjuangan,

Kisah Di Balik Solat 5 Waktu

Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: 'Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'"

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi: 'Silakan terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah S.A.W.:

Solat Zuhur - jika tergelincir ia matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya,

Solat Asar - itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S.memakan buah Khuldi,

Solat Maghrib - itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka

setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib engan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulk! an permintaannya.

Solat Isya' - itu ialah sembahyang yang di kerjakan oleh para Rasul- Rasul sebelumku,

Solat Subuh - adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbitnya , terbit diantara 2 tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang sembahyang.

Rasullullah S.A.W bersabda:

'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan,

Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: Manakala Solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud:'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, Solat Maghrib itu adalah saat di mana taubatNabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

'Sabda Rasullullah S.A.W. Solat Isya'(atamah) . Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari

terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.' Sabda

Rasullullah S.A.W. seterusnya Solat Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan yaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.

2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W).

Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.

Sabda Rasullullah S.A.W.:

'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhluk Nya.'

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.'

Sabda Rasullullah S.A.W.

'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T tujuh perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).

2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.

3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.

5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).

6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.

7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'


bersambung lg di entry yg laen ya...



11 comments:

  1. terima kasih ecah sudi berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  2. Kalau tempat kakak pula walaupun masa nikah kahwn memang salam bagi duit, tapi masa kematian pun sama juga. Kita bagi duit utk mereka gunakan kerana dia dlm kesusahan.

    ReplyDelete
  3. terima kasih cah sebab share
    alhamdulillah setakat ni kenduri kahwin ke menziarahi orang meninggal hatta orang sakit sekalipun cheqna masih menghulurkan sedikit sebanyak kewangan agar dapat membantu meringankan beban terutamanya yang sakit dan meninggal..selain membacakan doa...

    ReplyDelete
  4. dunia sudah terbalikla..... baru baca separuh... nak gi bank dulu... jap lagi sambung baca balik... hehehehe

    ReplyDelete
  5. Banyak dapat ilmu di sini, terima kasih dik :)

    ReplyDelete
  6. nice sharing :)

    S a l a m r a m a d h a n~
    Jum hayati di sini (^o^)
    jangan terseksa kerana CINTA

    ReplyDelete
  7. amalam melayu ni mmg banyak menyimpang. itu pun ramai melenting kalau di highlight kan..

    ReplyDelete
  8. satu perkongsian yang baik echah..

    ReplyDelete
  9. Thanks to all dear....
    LOL...
    smg kte semua diberkati....

    ReplyDelete
  10. tengs sharing...
    aku pun sama mcm cheqna...InsyaAllah setakat ni kalau menziarahi org sakit atau kematian, tak pernah lupa utk sedekah pada mereka...sbb kita tau mereka dlm kesusahan...

    ReplyDelete