Thursday, August 4, 2011

ketika menguap dan bersin

Sedarkah kita selama ini di dalam kita menguap dan bersin, sebenarnya di sana Islam telah ada suatu garis petunjuk yang perlu kita ambil tahu mengenainya?

Berkenaan dengan menguap, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahukan kepada kita bahawa ia adalah dari Syaitan. Maka, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap, maka hendaklah kita menahannya atau jika tidak mampu menahannya, hendaklah kita menutupnya (menutup mulut ketika menguap). Bukan sahaja sekadar menutup dan menahan diri dari menguap (dengan sedaya upaya), tetapi hendaklah juga kita mengelak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab az-Zuhud, hadis no. 7129)

Juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Permulaan Penciptaan, hadis no. 509)

Manakala berkenaan dengan bersin pula, ia adalah suatu yang disukai oleh Allah, yang mana berbeza dengan perbuatan menguap tadi yang ianya adalah dibenci oleh Allah. Apabila seseorang itu bersin, maka dengan itu hendaklah dia memanjatkan pujian kepada Allah, dan kepada saudaranya yang mendengar saudaranya yang bersin itu, maka hendaklah dia mendoakannya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci tindakan menguap. Maka apabila seseorang itu bersin, maka pujilah Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Manakala menguap, ia adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah ia dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 242)

Di dalam riwayat yang lain, juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah ia memanjatkan pujian kepada Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ”, maka hendaklah dia mengucapkan “يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 243)

Dalam hadis yang lain, dinyatakan bahawa orang yang bersin yang mendengar saudaranya mendoakannya, maka dia boleh juga mengucapkan (selain di atas),


يَغْفِرُاللهُ لَنَا وَلَكُمْ


“Semoga Allah mengampuni diri kami dan kamu.” (Hadis Riwayat at-Thabrani. Lihat di dalam Shahih al-Jami’ oleh Syaikh al-Albani)

Atau, di dalam sebuah atsar dijelaskan, dari Nafi radhiyallahu ‘anhu,

“Apabila Ibnu Umar (radhiyallahu ‘anhu) bersin dan seseorang mengucapkan:

“يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya), maka dia (Ibnu Umar) mengucapkan:

“يَرْحَمُنَ اللهُ وَ يَغْفِرْ لَنَا وَلَكُمْ” (Semoga Allah memberi rahmat ke atas diri kami dan kamu)”. (Hadis Riwayat Imam Malik di dalam Muwaththa’, 54/5)

Juga adalah suatu sunnah, apabila seseorang itu bersin, hendaklah dia menutup atau meletakkan tangannya atau bajunya (atau kain yang seumpamanya) kepada mukanya sambil merendahkan mukanya dan memperlahankan suaranya.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu (maksudnya),
“Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya (untuk menutupnya) sambil memperlahankan suaranya (bunyi bersin).” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab al-Adab, hadis no. 5011. Lihat juga di dalam Shahih Sunan Abi Daud oleh Syaikh al-Albani)



:: wallahua'lam... ::



43 comments:

  1. lepan ni nk menguap kena hati-hati..takmo bg setan ketawakan akak nnt..

    tq eaa sharing ni..

    ReplyDelete
  2. tengs for sharing dear...

    dear, kalau nak pasang nuff, cer bukak blog viruspadu..kat situ ada tutorial cara2 nak pasang nuff...aku dulu pun ikut dari situ...harap2 membantu yer...

    ReplyDelete
  3. terima kasih untuk perkongsian ini =)

    ReplyDelete
  4. kadang2 bila menguap tu, terbuat bunyi tu. tak sengaja. -_-'

    ReplyDelete
  5. nice info...salam ramadhan

    ReplyDelete
  6. nice sharing!

    S a l a m r a m a d h a n~
    Jum hayati di sini (^o^)
    suatu kisah di ramadhan

    ReplyDelete
  7. hehe. kalo menguap smbl bunyi mesti rase puas kann. ish2...sgt xptot sbnrnye..

    kalo bersin pon..jrg je kite baca doa2 tuh kan. :)

    ReplyDelete
  8. tetiba rasa ngantok...humm

    ReplyDelete
  9. thank you for sharing, dik Ecah :)

    ReplyDelete
  10. "kdg2 ank2 pun suka menguap ngan buat bunyi sekali..arghhhhh....kena selalu tegur sbb takut jadi habit,dah jadi habit susah lah pulak nak buang..."

    ReplyDelete
  11. Salam, cik ecah. Perkongsian yang sangat bagus. Terima kasih krn Follow kak ya, kak pun dah Follow cik ecah juga....:)

    ReplyDelete
  12. k.rina : hihi lepas ni menguap totop molot senyap2 ;p

    ReplyDelete
  13. salam kenalan ...

    time kasih atas entry ni

    ReplyDelete
  14. wahida : kak...mekaseh..=)


    ecah nak tau mcm ner akk bukak akaun dpt tgk bape duit tu...itu yg xtau..
    nuffnag ecah dah pasang kak ekekkeeee ;p

    ReplyDelete
  15. siti kektus : tu la kadang2 syiok sangat nak menguap sampai xsado mengeluarkan bunyi..huhu ;p

    ReplyDelete
  16. merahitujambu : tq dear :) salam ramadhan juga..

    ReplyDelete
  17. zaty luvlianncezzz : tq yang (:

    ReplyDelete
  18. ♥ cik kieranaa ♥ : ishh2 hihi tu la kdg2 terlupa kan..xper lepas ni dah tau kan...blh la amalkan time menguap dan bersin tuh =)

    ReplyDelete
  19. CintaZulaikha : tdo la kak hihi...

    ReplyDelete
  20. Dinas Aldi : same2 kakak :D

    ReplyDelete
  21. Piasara : xper kak mula dr sekarang,,,insyaAllah bila dah selalu tegur nanti dah blh biasa...;)

    ReplyDelete
  22. Kak Imun : welcome kak..:)
    thanks ya...

    ReplyDelete
  23. fazilzura ; TQ sudi dtg sini :)
    welcome kak...

    ReplyDelete
  24. wow..penerangan yang bagus..

    tapi kan..rasanya kan..kalau kite menguap di bulan posa kan..ada tak syaitan yang masuk?? kan syaitan sumer dah kene ikat? hhmm..

    ReplyDelete
  25. n3 menarik sis..salam ramadhan iya..

    ReplyDelete
  26. wahh, thanks for d sharing!
    :)

    ReplyDelete
  27. nak bersin selalulah camni..hehe..=)

    thanks for the sharing..=)

    ReplyDelete
  28. selalu tahan menguap bila ada kat tempat awam or tempat ramai org tp bagus info ni sebab saya pun tak tau sebelum ni kita di haruskan tahan menguap sedaya mungkin

    ReplyDelete
  29. tapi kadang2 bila mengantuk xtahan kena menguap jugak kan..hehe

    akan cuba untuk tahan menguap....;-)

    sekarang pun tengah menguap neh ngatokk..huawwaw

    ReplyDelete
  30. pernah time solat menguap... tahan punya tahan pun still menguap... terpaksala menguap jer... hehehe

    ReplyDelete
  31. thanks for sharing this...

    oo..no wonder la bile bersin kena ucap Alhamdulilah....b4 this, tak tau pasal niii....

    btw, my sharing on perbesarkan gambo:
    http://belovedtitin.blogspot.com/2011/08/tutorial-camne-nk-perbesarkan-gambar.html

    ReplyDelete
  32. Masa puasa inilah mulut asyik nak menguap berbanding bersin betul tak....:)

    ReplyDelete
  33. puteri : tq dear..
    yang itu Wallahhua'lam...:)

    ReplyDelete
  34. mamachia : welcome back...:D

    acik : welcome yang....;p

    ReplyDelete
  35. anak wak mail : bersin la...Allah Suka :)
    sy ari2 bersin...hehehe (:

    ReplyDelete
  36. THE LEKAT LEKIT STORY : pas ni same2 kte amalkan :)

    ReplyDelete
  37. ila : menguap tutup mulut...hihi~~~

    ReplyDelete
  38. dwaty : hehehehh terlajak tuh...letih benoo tu yg ternguap gak tuh ye ;p

    ReplyDelete
  39. miyko_suki : yea daer....

    sharing is lovingg (",)

    ReplyDelete
  40. kakzakie : tu la...letih katanya...haha ;p

    ReplyDelete